Ramai orang mencari cari apa KUNCI utama untuk berjaya dalam hidup anda betul.? salah satu jawapannya ialan KONFIDENT mari kita sama2 pelajari bagaimanakah anda ingin ada konfiden untuk diri sendiri untuk berjaya melakukan apa2 tugasan yang terkini dan terbaru pada diri kita sendiri...Ayuhh..!!


5 tips anda nak boostkan "KONFIDEN" level anda dengan cepat.
1) kite hendaklah lupakan atau buang orang orang yang negatif dalam hidup kite, ia mungkin berada di tempat kerja, di sekolah anak, di ofis isteri/suami kite atau ada pertalian darah dengan kite dalam apa segi jua. kite kene hilangkan fikir tentang mereka. yer memang sukar tapi itulah yang harus buat jika mahu konfiden level kita meningkat. banyak pepatah melayu dan bangsa lain tercatit pasal Hindarkan Orang Yang Negatif Dalam Hidup Kita.
2) Kite harus bagi pujian pada orang lain...Apa perasaan anda bila jika anda diberi pujian dari orang lain? anda akan lebih sukai orang itu, dan perasaan orang itu juga akan selesa dan senang bersama dengan kita..dengan itu, Aura2 positif akan sentiasa kelilingi kite.
3) Tips yang ketiga ni sangat simple percayakanlah kata-kata saya ni anda perlu "WORKOUT" sesuatu dengan tubuh badan kite. Buat sesuatu yang baik dengan tubuh badan kite. apabila kite boleh hargai badan kite. ia mudah bergabung dengan minda kita. Dan percayalah saya ia akan melahirkan KONFIDEN di dalam jiwa dan sanubari kite.. hehe..."BE ONE WITH YOUR BODY"
4) Beri sesuatu Makanan khatsiat yang terbaik untuk otak anda..anda mesti hargai otak anda dengan memberi makanan yang terbaik pada otak anda. salah satunya ialah Vitamin, dan jawapan yang tepat ialah kedua duanya..anda juga perlu memberi Ilmu Pengetahuan yang secukupnya pada otak kita.
5) Dan yang terakhir sekali adalah kita hendaklah menolong orang yang di dalam kesusahan setiap hari, tidak kira dalam ape segi pun janji kita menolong orang itu bukan semata mata untuk duit atau menunjuk kepada orang. tetapi kite nak "FEEL" yang kite adalah hebat jika kita boleh menolong seseorang itu. YA betul anda perlu menolong orang tanpa memikirkan balasan daripadanya...
Apakah khasiatnya kalau anda ada konfiden pada diri anda.? bila anda konfiden, konfiden inilah akan membantu anda dalam tugas harian anda malah anda akan menjadi lebih sempurna dari hari ke hari melakukannya malah jika diberikan tugas baru kita juga ada konfiden melalakukannya ingat ya KONFIDEN BUKAN KONDIFENT., kerana KONDIFENT itu adalah satu rancangan anda untuk gagal hehe. jadi kita perlu ada SELF KONFIDEN.











0 comments:
Post a Comment